BULAN MAC
PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP PPKI
10 MAC 2012
Sebelum acara bermula kita makan dulu.
Melangkah gagah ke tempat pertandingan, Dewan Badminton KX, Machang
Pembahagian kumpulan dan undian perlawanan
Pertandingan
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh penyelaras
PPKI SMK Machang telah mengadakan pertandingan Badminton Tertutup PPKI 2012 di Dewan Badminton Machang. Kejohanan ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan (A,B dan C). Perlawanan telah berlangsung secara kalah mati. Kumpulan A (Lelaki) - Johan, Mohd Hafiz Azani. Kedua, Wan Mohd Ibrahim dan Ketiga, Azman Azni. Kumpulan A (Perempuan) - Johan, Nik Fazlina, Kedua, Zuraidah dan Ketiga ..
MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Pertandingan azan subuh sedang berlangsung.
Pertandingan Hafazan
Kem Solat Bestari
Ceramah Kerohanian oleh Ustazah Hasnani
Para pelajar sedang mengira jumlah huruf HA.
Pertandingan Tulisan Khat
Acara membersih ayam
Acara 'Gemang' ayam
Terima kasih Ustaz Marzuki di atas sumbangan yang diberikan.
Solat Hajat Perdana PPKI
Tazkirah oleh Penyelaras
Menerima kunjungan PKP SMK Machang
Acara menggoreng ayam
"PPKI Fried Chicken"
Amboi sedapnya ayam PFC
Majlis penyampaian hadiah oleh PKP dan PKKo
Penyampaian cenderahati kepada Cikgu Hafizuddin ( Guru In-triem)
Penyampaian cenderahati - Cikgu Nafisah - berpindah ke SMK Mulong, Kota Bharu.
Penyampaian cenderahati kepada PKP - Pn.Hjh.Norma bt Hassan
Penyampaian cenderahati kepada PKKo - Pn.Hayati bt Husin
Minggu Panitia Agama Islam telah diadakan pada 25 - 29 Mac 2012 selama 5 hari. Aktiviti hari pertama ialah Pertandingan menulis khat dan Pertandingan Azan,Tilawah dan Hafazan di samping pertandingan meneka huruf. Hari kedua pula telah diadakan aktiviti Pertandingan Teka Silang kata dan Ceramah Kerohanian di Surau Al-Hidayah SMK Machang. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustazah Hasnani bt Hassan. Aktiviti hari ketiga pula ialah Pertandingan Doa Harian dan Kem Solat Bestari. Hari keempat ialah Amali penyembilahan ayam yang diketuai oleh Ustaz Marzuki b. Daud dan pembersihan ayam oleh semua warga PPKI dan juga tayangan CD Kisah Rasulullah. Manakala hari kelima telah diadakan solat hajat perdana dan tazkirah. Kemudian aktiviti menggoreng ayam "PPKI Fried Chicken" dan jamuan perdana dan disamping majlis perpisahan untuk Cikgu Hafiz (guru in-triem) dan Cikgu Nafisah yang berpindah ke SMK Mulong. Kemudian diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang sepanjang minggu panitia ini yang telah disempurnakan oleh PKP dan PKKo SMK Machang. Terima kasih kepada semua warga PPKI di atas kejayaan menjayakan program ini dengan lancarnya.
No comments:
Post a Comment