SUKAN RAKYAT (14 FEBRUARI 2012)
Aktiviti senaman ringan sebelum acara bermula.
Pembahagian kumpulan oleh S/U Ko. Cikgu Hamta.
Mendapat sokongan sepenuhnya daripada Pen.Kanan Pentadbiran (Pn.Hjh.Norma bt Hassan)
Acara berjalan kaki dulu pagi-pagi ni.
Rehat dulu ye.
Menikmati sarapan pagi
Telatah para guru PPKI
Acara pertama
Ketinting
Acara Kedua
Bola Tin
Acara ketiga
Baling Selipar
Pelbagai Ragam
Warga PPKI
Upacara merobohkan khemah
Majlis penyampaian hadiah oleh Pen.Kanan Pentadbiran
(Pn.Hjh.Norma bt Hassan)
Kumpulan 1 - Johan Sukan Rakyat PPKI 2012 - Tahniah
Program Sukan Rakyat telah berlangsung di Gelanggang Tenis SMK Machang. Pelajar telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Kumpulan 1 (Penasihat - Cikgu Nor Maizah), Kumpulan 2 (Penasihat -Cikgu Dayang Azizah), Kumpulan 3 (Penasihat-Cikgu Zuraidah), Kumpulan (Penasihat-Cikgu Azizah), Kumpulan 5(Penasihat-Cikgu Zura Malisa) dan Kumpulan 6 (Penasihat-Cikgu Roziah). Sebanyak tiga acara sukan telah dipertandingkan iaitu Ketinting, Bola Tin dan Baling Selipar. Johan keseluruhan Sukan Rakyat ini ialah kumpulan 1. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pen.Kanan Pentadbiran (Pn.Hjh.Norma bt Hassan). Program ini telah mendapat kerjasama yang sepenuhnya pihak sekolah. Terima kasih Puan Pengetua SMK Machang Pn.Hjh.Azizah bt Haron. Terima kasih banyak-banyak kepada semua guru PPKI dan juga PPM di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung.
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H (16 FEBRUARI 2012)
Para guru PPKI sedang menyiapkan kain rentang.
Para pelajar PPKI bersama warga SMK Machang mendengar ceramah.
Para pelajar dan guru PPKI menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat sekolah SMK Machang.
Guru dan PPM sedang menyediakan makan tengah hari.
Para pelajar sedang menikmati makan tengah hari.
Seluruh warga PPKI SMK Machang mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H.
"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"
KEM PENGAWAS SMK MACHANG (16-18 FEBRUARI 2012)
TEMPAT : SMK MACHANG
Hari Pertama Kem Pengawas
Hari kedua kem pengawas
Hari Ketiga Kem Pengawas
Seramai enam orang pelajar PPKI ( Amirul Shafiq, Nik Hazarul, Hafiz, Noraini,Zuraidah dan Nor Fazlina) telah menyertai kem jati diri pengawas yang dianjurkan oleh Badan Pengawas SMK Machang. Guru pengiringnya Pn.Rosliza. Kem ini bermula pada hari khamis hingga sabtu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kursus kepimpinan, sukaneka, malam kebudayaan dan sebagainya. Kem pengawas ini telah memberi impak yang besar kepada para pengawas PPKI bagi menjalankan amanah yang diberikan secara optimum. Majlis perasmian penutupan kem ini telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Machang (Pn.Hjh.Azizah binti Haron).
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SMK MACHANG (19 FEBRUARI 2012)
Para Pengawas PPKI menerima watikah pelantikan daripada Puan Pengetua SMK Machang.
Barisan Pengawas PPKI sesi 2012
MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU (19-23 FEBRUARI 2012)
Taklimat daripada penyelaras program
Pertandingan Menulis Esei (Kumpulan 1) dan Pertandingan Tulisan Cantik (Kumpulan 2)
Pertandingan Membuat buku skrap (Semua Kumpulan)
Persembahan kebudayaan para pelajar PPKI
Penyampai hadiah oleh Pengetua SMK Machang (Pn.Hjh.Azizah bt Haron)
Jamuan ringan bersama pengetua dan PKP
Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan Minggu Bahasa pada 19 - 23 Februari 2012. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antara aktivitinya ialah ceramah, pertandingan tulisan cantik, mencari benda tersembunyi, kuiz, menulis esei, mendeklemasi sajak, buku skrap, teka silangkata dan persembahan kebudayaan. Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Pengetua SMK Machang diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran. Terima kasih kepada semua guru dan PPM yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini hingga tercapai objektifnya. Begitu juga dengan pihak pentadbir sekolah di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung.
SOLAT HAJAT PERDANA WARGA SMK MACHANG (21 FEBRUARI 2012)
LATIHAN KEBAKARAN WARGA SMK MACHANG (22 FEBRUARI 2012)
Latihan kebakaran telah diadakan dengan kerjasama pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Machang.