Tuesday 3 January 2012

2012

BULAN JANUARI

Minggu suai kenal(3-5 Jan.2012)
 


                               Pelajar seronok di dalam kelas.


 Menerima lawatan dari PKPen.Khas SK Hamzah  (Cikgu Mazlan)
 dan pengiringnya (Cikgu Azmi)

Hari pertama persekolahan, 3.1.2012, Seramai 74 orang pelajar telah mendaftar diri. 9.1.2012, 2 orang pelajar telah dapat tawaran belajar ke Sekolah Menengah Vokasional Shah Alam (Mohd Zulfiqri bin Yasuhimi dan Nik Nur Alia Syazani bt Ghazali), Selangor dan seorang pelajar ke Sek.Men.Teknik Tanah Merah, Kelantan (Asyraf bin Sukri). 31.1.2012, Wan Mohd Zaid telah berpindah ke Sek.Men.Ibrahim Fikri Terengganu. Manakala seorang guru PPKI, Pn.Siti Nafisah bt Nor@Norani telah berpindak ke SMK Mulong, Kota Bharu Kelantan.
Terkini warga PPKI, Guru - 10 orang, PPM-3orang dan Pelajar 70 orang (40 Lelaki dan 30 Perempuan)


                Alia dan Zulfiqri - Selamat Maju Jaya di sekolah baru.


Majlis Perpisahan Cikgu Siti Nafisah (6 Jan.2012)

Jangan lupa SMK Machang ye   dan selamat mengajar di sekolah baru.


Mesyuarat PPKI Kali Pertama (16 Jan.2012)

Mesyuarat Warga PPKI bersama Pengetua (Pn.Hjh.Azizah bt Haron) dan 
Pen.Kanan Pentadbiran (Pn.Hjh Norma bt Hassan).


Pelantikan Jawatankuasa Kelab Kebajikan



Pelantikan Jawatankuasa  Persatuan Kebudayaan







Majlis Muzakarah Bersama Ibu bapa/Penjaga (19 Jan.2012)



Pendaftaran ibu bapa/penjaga



Kata-kata aluan daripada Penyelaras

 
Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Hjh Norma bt Hassan

Ucapan Perasmian - En. Lameri bin Mahamud , Pen.Pegawai Pelajaran Daerah Machang, 
Unit Pendidikan Khas.

Ibu bapa pelajar PPKI

Penyampaian cederahati kepada perasmi

Penyampaian cederahati kepada PKP


Majlis muzakarah telah diadakan di Dewan Mentara SMK Machang. Majlis ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Majlis ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak ibu bapa. Perasmian telah dilakukan oleh Pen.Pegawai Pelajaran Daerah Machang (Unit Pendidikan Khas) En.Lameri bin Mahamud. Tujuan majlis ini diadakan untuk berbincang dengan ibu bapa tentang hala tuju program PPKI pada tahun ini, perkara-perkara yang berbangkit dan juga untuk memperkenalkan pentadbiran sekolah kepada ibu bapa yang baru menghantar anak mereka ke program ini. Di dalam majlis ini juga telah diadakan mesyuarat Agong PIBG PPKI 2012 dengan pelantikan ahli jawatankuasa yang baru. Pn.Hjh.Norma bt Hassan (Pen.Kanan Pentadbiran) telah dilantik sebulat suara oleh ahli majlis sebagai Pengerusi PIBG PPKI sesi 2012. Terima kasih kepada pihak pentadbir dan juga para guru PPKI dan PPM di atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan.